Pengenalan Sistem e-Nilaian Harta Tanah
Sistem e-Nilaian Harta Tanah dibangunkan oleh MYSA dengan kerjasama Jabatan Penilaian dan
Perkhidmatan Harta (JPPH) bermula pada tahun 2008 dan telah mula beroperasi bermula tahun
2012. Objektif kerjasama ini adalah untuk membangunkan satu pangkalan data dan sistem aplikasi
penilaian harta tanah berteraskan teknologi angkasa dan GIS yang menggabungkan maklumat
geografi yang dijana daripada data satelit, remote sensing, maklumat data transaksi dan nilaian harta
tanah bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses penilaian harta tanah.